last day of 2013


Assalamualaikum 

*senyum lebar-lebar.


say bye-bye to 2013. and welome 2014 (;

2013 ..Antara tahun yang penuh dengan kenangan. Pahit, Manis, segalanya bercampur aduk. dah diadunkan dengan pelbagai emosi dan perasaan. Dalam tempoh satu tahun ni, macam-macam benda dah jadi. perkara yang tak diingini pun dah berlaku dalam hidup aku. its okay. aku anggap semua ni UJIAN dari Ilahi. Mungkin ada yang lebih baik menanti aku pada masa akan datang. dan mungkin juga ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Aku harap, dengan setiap yang aku dah tempuh selama ni membuatkan aku lebih matang dan mengerti erti KEHIDUPAN yang sebenar. Semua orang berhak menentukan apa yang terbaik untuk dirinya sendiri. termasuk diri aku. Aku nak lupakan segala yang keruh. aku hanya nak tapis yang jernih. Tiada manfaat kalau kita asyik fikirkan seseorang yang langsung tak pernah hargai kewujudan kita. NOTHING! sedang asyik kita leka dengan masalah duniawi, sedang kita sibuk berusaha menjaga hati semua pihak, kadang kita lupa, lupa dengan KEBAHAGIAAN diri sendiri.berusaha menjaga hati sendiri dengan mementingkan diri itu berbeza sama sekali. Dalam pada asyik dibelenggu masalah yang langsung tak patut difikirkan, kita kadang lupa. lupa bahawa kita hidup dikelilingi oleh orang-orang yang PENYAYANG dan ambil berat tentang kita. see. semua ni kita tak akan sedar. kecuali bila kita sedar perkara ni dengan sendirinya. Segalanya lahir dari HATI *hati ke jantung eh?err* Ada insan pernah cakap, HATI YANG CANTIK AKAN MEMBUATKAN ORANG SEKELILING NAMPAK KITA CANTIK. TAK GUNA KALAU MEMILIKI WAJAH YANG CANTIK, CANTIK DENGAN ALAT-ALAT SOLEK TAPI, HATI TIDAK DIJAGA. SEGALANYA NAMPAK HODOH! kata-kata tu membuta mata aku. memang benar. Aku cuma mahu hidup tenang dalam dunia aku sendiri. dunia di mana di dalamnya hanya ada insan-insan yang IKHLAS dengan aku. Tak perlu merayu untuk masuk dalam dunia aku lagi setelah kau sendiri yang masuk dan keluar dari dunia aku TANPA diundang. aku tak perlukan manusia macam ni. tak perlu. Aku hanya mahu BAHAGIA dengan insan-insan tercinta. Kalau kita baik dengan orang sekeliling, InsyaAllah. orang sekeliling juga akan berbuat baik kepada kita. kalau sebaliknya, JUST IGNORE! ignore manusia-manusia yang hanya tahu menyakiti sesama manusia (: Sebenarnya, aku sendiri tak faham kenapa ayat dalam post aku kali ni agak skema. tak apa la. asalkan aku BAHAGIA. 

Dear you, Im happy with you. thank you for EVERYTHING. lepas ni, kita akan bawa haluan masing-masing. saya harap kita akan baik-baik saja macam sekarang ni untuk selamanya *aicewah. bukan jiwang, tapi ini IMPIAN. impian untuk hidup bahagia dengan orang-orang yang saya sayang. termasuk awak. *senyum comel. Ily <3